Rabu, 2 Jun 2010

Tanahair Malaysia

Salam,
Alhamdulillah, kami sekeluarga selamat sampai ke tanahair tercinta tepat jam 240 ptg 30/5/2010 di KLIA. Segala urusan perjalan lancar cumanya keletihan perjalanan yang memakan masa lebih 13 jam.
Perbezaan pertama yang perlu dihadapi ialah perbezaan suhu.....bagi aku dan isteri tidaklah susah sangat, tetapi bagi anak2....sentiasa berpeluh2, kesian mereka.
setelah sampai di KLIA, terus ke seremban, menginap sehari di seremban dan hari kedua terus ke Melaka rumah sendiri. Kami memulakan pembersihan dan penyediaan rumah untuk tujuan dijadikan HOMESTAY. Kami masukkan rumah kami sebagai rangkaian Dyan Homestay Melaka. So sesiapa kawan2 yang nak melancong ke Melaka boleh duduk di sini dengan menghubungi Rody seperti iklan di atas.(promosi sikit nie)

Sempat melawat beberapa jiran dan kenalan sebelum balik ke Batu Pahat dan terus ke rumah makcik yang mengalami sakit kencing manis dan sakit buah pinggang. Makcik nampak semakin kurus dari dulu, tepai nampak lebih sihat setelah membuat hemodilysis, cuma sedikit lemah.
Walaupun sedih tetapi kusimpan kesedihan tersebut.Makcik merupakan adik kepada arwah emak. Beliau banyak berkorban dalam keluarga aku, terutama menjaga arwah emak sakit dan arwah adik semasa hayatnya. Dia juga yang bertanggungjawab mengadakan kenduri kahwin untuk aku...jasanya banyak kepada aku dan keluarga...semoga Allah memberikan kesihatan kepadanya.
Hari keempat...kembali ke Melaka bersama makcik atas urusan kewangan...kemudian balik semula ke Batu Pahat....huhu letih...malam nie berehat sekejap. esok banyak lagi benda nak buat di BP nie...terutama nak lawat pusara arwah abah, emak dan adik...insyaAllah.
Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melakukannya.......nanti sambung lg...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan